Muhyiddin Sahkan Anina Dipecat Ketua Srikandi PPBM

AIDCNews -09/01/17 –Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Anina Saaduddin dipecat daripada jawatan ketua sayap wanita parti itu kerana tidak menepati piawaian Ketua Srikandi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh pihak kepimpinan tertinggi parti setelah menilai tahap kepimpinan pemimpin wanita itu.

Namun, Muhyiddin menafikan keputusan pengguguran Anina disebabkan masalah peribadi seperti yang tersebar sebelum ini.

“Krisis Anina, tidak ada krisis. Keputusan yang dibuat pucuk pimpinan bukan soal pribadi, ianya soal kepimpinan.

“Tetapi kita tidak ada memutuskan pelantikan secara rasmi jawatan Ketua Srikandi sebab keadaan tertentu Anina tidak sampai tahap kita harapkan,” katanya kepada pemberita ketika pelancaran lagu tema PPBM pada Sabtu.

Sementara itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengguguran jawatan adalah perkara biasa dalam parti, malah beliau sendiri pernah melaluinya ketika era Tunku Abdul Rahman dahulu.

Sehubungan itu kata beliau kekecewaan Anina sepatutnya tidak menjadi punca perjuangannya dengan PPBM terhenti.

“Saya sendiri biasa dibuang daripada parti tapi akhirnya saya jadi Perdana Menteri.

“Janganlah kerana sedikit yang terjadi kepada kita, kita begitu kecewa sehingga tidak meneruskan perjuangan,” katanya.

Anina sebelum ini dilaporkan disingkir daripada memegang jawatan Ketua Srikandi PPBM, dan keputusan itu dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan intim dengan bekas pembantunya.

Perbualan intimnya melalui aplikasi Whatsapp tersebar luas namun Anina menepis dakwaan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s