1MDB Gesa Dr Mahathir Hentikan Pembohongan

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad digesa agar menghentikan ‘penipuannya’ terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Badan pelaburan negara itu di dalam satu kenyataan hari ini membuat gesaan tersebut merujuk kepada tulisan di blog dan kenyataan media yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai tajaan Yayasan 1MDB bagi Program Khas Haji.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan program khas Haji itu ditaja dengan wang ‘curi’, 1MDB menafikannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.

“1MDB mempunyai operasi perniagaan yang sah, dahulunya di dalam sektor tenaga dan terkini, di dalam sektor pembangunan hartanah.

“Dana yang diperolehi hasil dari operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB yang kemudian menggunakannya untuk menaja program khas Haji,” menurut kenyataan 1MDB.

Badan pelaburan negara itu menjelaskan bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Yayasan 1MDB telah menaja pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi rakyat Malaysia, berjumlah kira-kira RM690 juta.

1MDB juga terlibat dalam 60 projek berkaitan pendidikan, kesihatan, pembangunan belia serta aktiviti kemasyarakatan.

“Projek-projek berkenaan telah memberi impak kepada 2.8 juta penduduk Malaysia.

“Contoh aktiviti tersebut dapat dilihat di laman sesawang 1MDB, dari Dana Geran PIBG, Geran Akademik bagi pelajar lepas SPM/STPM, Geran Akademik bagi Sri Murugan Centre dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

“Selain dari Program Khas Haji, 1MDB juga menyokong pelbagai program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini sedang menaja lebih 600 pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa,” tambah kenyataan tersebut.

Dr Mahathir di dalam rentetan kritikannya terhadap 1MDB pada Disember lalu mendakwa mereka yang menunaikan haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-1MDB tidak mendapat haji yang mabrur.

Bercakap di satu ceramah di Alor Setar, Dr Mahathir dilaporkan berkata mereka tidak mendapat haji yang mabrur kerana penajaan program tersebut adalah dibuat dengan duit yang dicuri oleh Perdana Menteri Najib Razak.

“Najib boleh menghantar 1,000 orang ke tanah suci kerana dia menggunakan duit curi, jadi penghantaran mereka ini ke Mekah adalah tidak mabrur. Apa yang jadi saya ingat mereka tidak mendapat haji mabrur, tetapi Najib sanggup melakukan apa sahaja,” bekas Perdana Menteri itu dipetik berkata Utusan Malaysia.

Kenyataannya itu telah mengundang pelbagai reaksi, namun 1MDB tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga hari ini – malaysiaoutlook

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s