Amanah Gesa PH-PPBM Pegang Janji Elak Pertembungan Kerusi PRU14

SHAH ALAM: Amanah menggesa pembangkang yang terdiri daripada PKR-DAP-Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar menepati janji dengan menghormati kerusi yang diperuntukkan kepada parti masing-masing kelak.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata demikian, ekoran tidak mahu ‘sejarah’ yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berulang kembali, di mana berlaku pertindihan kerusi sesama pembangkang.

“Saya harap di kalangan yang berempat ini (PH-PPBM), jangan ada sesiapa pun mengulangi kesilapan masa lalu yang pernah dibuat PAS. Kena berpegang kepada janji. Manusia itu dipegang pada janji.

“Jadi InsyaAllah kalau kita sudah boleh berunding, kita tentukan (kerusi),” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Anuar merujuk kepada pertindihan kerusi di antara PKR-PAS yang melibatkan kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh pada PRU10 hingga PRU13 lalu.

Dalam pada itu ketika ditanya apakah Amanah akan menerima apa sahaja keputusan pada mesyuarat Pakatan Harapan (PH)-PPBM itu bersabit soal pembahagian kerusi, ujar Anuar, semua parti berpeluang untuk mengemukakan pendapat masing-masing.

“Kita akan mohon, kita akan bincang kalau ada parti lain mengatakan mereka punya peluang lebih cerah dari Amanah, kena buktikan. Kita bincang yang akhirnya buat keputusan secara konsensus. iaitu kita tanda tangan bersama, dan parti hanya keluar watikah kepada calon yang diputuskan,” katanya.

Apa yang penting menurut Anuar adalah soal kebolehmenangan seseorang calon, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian politik antara PH-PPBM yang dimeterai pada 13 Disember lalu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, sebelum ini pernah menyatakan parti itu akan bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS.

Khalid berhujah, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini- AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s