Galakkan Alternatif, Bukan Suruh Rakyat Beli Beg Plastik 20 Sen – Noh Omar

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Jan lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih.

“Matlamat untuk wujudkan persekitaran bersih tidak akan tercapai sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan.

“Justeru, alternatif lain perlu dirancang seperti menggalakkan pemberian beg terbiodegradasi yang lebih mesra alam, dan bukannya suruh rakyat beli beg plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada 380 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan 380 setiausaha JKKKP Selangor, di sini hari ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dilapor berkata bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik itu adalah selaras dengan ‘Kempen Selangor Bebas Plastik’ yang berkuat kuasa 1 Jan lepas – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s