Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Aktivis BERSIH Cabar Fungsi SPR

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pengundi tidak berhak mendapatkan maklumat tentang syor mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain apa yang diberi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Zamani A. Rahim, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 3 anggota mahkamah itu, berkata tugas dan tanggungjawab SPR dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958.

Tidak disebut langsung dalam Perlembagan Persekutuan, Akta Pilihan Raya 1958, atau mana-mana peruntukan berkanun lain SPR perlu memberi lebih daripada apa yang ditetapkan.

Justeru, panel berkenaan, yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan aktivis Haris Fathillah Mohd Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan permohonannya bagi mendapatkan maklumat daripada SPR mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

“Saman pemula perayu (Haris), jelas tidak mempunyai merit dan permohonan itu sepatutnya ditolak sejak mula lagi kerana tindakan berkenaan adalah untuk mencabar fungsi dan tugas responden (SPR) seperti diperuntukkan Perlembagaan,” kata Zamani.

Beliau berkata tindakan Haris jelas sekali untuk mendapatkan “clocked declaration”, iaitu perisytiharan bagi tujuan kolateral atau dengan motif yang tidak wajar.

Zamani juga memutuskan Haris tidak menyatakan dalam saman pemulanya bagaimana keputusan SPR itu menjejaskan haknya.

Beliau berkata Haris tidak mengenal pasti kontroversi yang wujud antaranya dan SPR serta sama ada haknya di sisi Perlembagaan dipinggirkan.

“Perayu (Haris) perlu menunjukkan beliau mempunyai locus standi atau kedudukan atau kepentingan ketara untuk mendapatkan perisytiharan itu,” katanya dan menjelaskan Haris hanya menyatakan dalam saman pemulanya beliau adalah seorang pemilih berdaftar bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan dan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing.

Beliau berkata Haris bergantung pada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan menyuarakan pendapat bagi menyokong tuntutannya SPR perlu memberi maklumat yang diminta beliau.

Tidak seperti di India dan Kanada, di Malaysia tidak terdapat Akta Kebebasan Maklumat bagi mewajarkan SPR memenuhi permintaan Haris itu, katanya.

Haris, 57, memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari 2015, tetapi samannya ditolak pada Jun tahun yang sama.

Pada 11 Jun 2015, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan itu atas alasan ia bersifat pramatang dan Haris tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Haris memfailkan saman pemula terhadap SPR pada 19 Jan 2015 bagi mendapatkan perisytiharan pihak terkilan berhak mendapatkan semua maklumat tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri.

Maklumat yang dimohonnya termasuk peta sempadan kawasan pilihan raya, sebab urusan persempadanan semula itu dilakukan dan semua dokumen yang digunakan bagi tujuan itu.

Haris mahu maklumat itu diberi kepada beliau untuk membolehkannya membuat representasi secara berkesan terhadap cadangan urusan persempadanan semula itu.

Sementara itu, Haris memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya sama ada akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s