Muhyiddin Nafi Enggan Iktiraf Sijil UEC Sekolah Cina

AIDCNews -10/01/17 – Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabatnya berkata Muhyiddin hanya berkata pengiktirafan UEC bergantung kepada dasar pendidikan Malaysia, yang memerlukan kurikulum yang sama dan sistem peperiksaan yang akan digunakan secara menyeluruh.

“Sambil berkata pengiktirafan UEC perlu diteliti berdasarkan konteks dasar-dasar pendidikan kini dan akan datang, Muhyiddin berkata ‘kita tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hasrat negara.’

Dong Jiao Zong ketika membidas kenyataan Muhyiddin berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menyebarkan pembohongan apabila mendakwa sukatan UEC bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

“Sesiapa sahaja yang mendakwa sukatan pelajaran UEC kami bertentangan dengan sistem kebangsaan sudah menyebarkan pembohongan.”

“Sukatan pelajaran peperiksaan kami mencerminkan semangat kepelbagaian budaya di Malaysia dan sejajar dengan taraf antarabangsa,” kata mereka, sambil menambah sekolah persendirian Cina menghasilkan graduan yang menyumbang kepada masyarakat.

Dalam temubual dengan Sin Chew Daily hari ini, Muhyiddin berkata Pakatan Harapan mungkin tidak akan mengiktiraf UEC sekiranya mereka mengambil alih kerajaan.

Beliau menambah, “Pakatan akan mengekalkan pendirian tidak boleh ada konflik dengan pendidikan negara dalam menangani permohonan (untuk mengiktiraf UEC)”.

Muhyiddin memberitahu akhbar berbahasa Cina itu yang Dong Jiao Zong tidak harus ‘berlaga kepala’ dengan kerajaan dalam memperjuangkan pengiktirafan UEC itu.

Beliau berkata, kumpulan Cina harus menerima cadangan untuk memasukkan Sejarah ke dalam sukatan pelajaran UEC.

Dong Jiao Zong berkata Muhyiddin, yang sebelum ini menteri pendidikan, tidak melihat Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum.

“Semasa memegang portfolio tersebut, dia telah menyeru kepada penubuhan sekolah satu aliran. Ini menunjukkan beliau tidak menghormati kepelbagaian budaya dan dilihat mempunyai niat untuk merosakkan semangat ini.

“Kerajaan sebenarnya yang tidak mahu mengiktiraf pelajar-pelajar kita,” kata mereka.

Dong Jiao Zong juga menyeru pihak kerajaan untuk membetulkan “kesilapan” dalam kandungan di buku teks Sejarah sekolah rendah kebangsaan.

“Bagi tahun-tahun yang lalu, kandungan buku tersebut didapati tidak wajar dalam semangat budaya dan memberi tumpuan hanya pada bangsa atau agama tertentu,” kata mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s