Pembangkang Bermasalah Jika Terus Bersama Mahathir

AIDCNews -10/01/17 –Sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa menganggap dirinya serba tahu termasuk dalam soal agama, akan menyukarkan pembentukan kerjasama dengan pembangkang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Mahathir kena ingat beliau bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO, kita juga tekad tidak masuk Pakatan Harapan.

“Mahathir sejak dahulu merasakan beliau sentiasa betul, banyak ilmu dan setaraf ulama. Tindakannya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnya tidak pernah berubah,”kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menolak pandangan pelbagai pihak termasuk mufti yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar bagaimanapun, menyerahkan kepada rakyat menilai tingkah laku Mahathir yang sering melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

“Itulah Mahathir, dia bercakap semua perkara walaupun dia tidak faham. Dia yang dahulu dan sekarang sama sahaja,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s