PKR Sabah Sedia Pertimbang Cadangan Bertanding Di Bawah Logo Warisan

AIDCNews -11/01/17 –PKR Sabah sedia mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di bawah logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Walau bagaimanapun, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berpendapat cadangan itu terlalu awal untuk dibincangkan sekarang.

“Terlalu awal untuk dibincangkan sekarang. Apa yang penting, kami mempunyai objektif dan misi yang sama.

“Objektif 1 lawan 1 menentang Umno dan Barisan Nasioal (BN),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Warisan Darrel Leiking dilaporkan menyeru parti pembangkang bergabung di Sabah dan dipimpin sebuah parti umum.

Darrel dalam masa yang sama turut mencadangkan parti daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding menggunakan bendera Warisan pada PRU14 akan datang.

“Warisan mengalu-alukan mana-mana parti yang berkongsi misi dan pandangan yang sama dengan Warisan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan semua kaum, etnik dan agama di Sabah secara keseluruhannya. Warisan bertujuan membantu rakyat Sabah bersatu dan tidak memecah belahkan mereka.

“Bagi PH, mereka mempunyai misi yang sama seperti Warisan. Jadi mengapa tidak kita menggunakan simbol Warisan untuk membentuk kerajaan di Sabah,” katanya.

Darrel merupakan bekas Naib Presiden PKR pusat yang mengumumkan keluar parti tahun lepas kerana menganggap parti Keadilan itu sudah tiada harapan lagi di Sabah.

Kemudian, Darrel menyertai parti Warisan yang ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan dilantik Timbalan Presiden parti baharu itu.

“Warisan boleh menawan Sabah pada PRU14 dengan memenangi 73 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen, tidak memberi peluang kepada BN dan Umno membentuk kerajaan negeri,”katanya.

Pada Ahad lalu, PKR Sabah telah menandatangani perjanjian dengan DAP dan PAN negeri untuk memperkasakan semula Pakatan Harapan Harapan di negeri itu.

Majlis menandatangani perjanjian di antara tiga parti dilakukan oleh Stephen Wong ( Pengerusi DAP Sabah), Christina Liew (Pengerusi PKR Sabah) dan Hamzah Abdullah (Pengerusi PAN Sabah).

Ia turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Lajim Ukin Boikot Pakatan Harapan Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s