PRU 14 : Jika Berjaya Tawan Putrajaya, PH Akan Kurangkan Kakitangan Kerajaan – Tony Pua

AIDCNews -11/01/17 – Jika berjaya menawan Putrajaya Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan polisi mengurangkan kakitangan kerajaan yang disifatkan tidak memberikan pulangan kepada pendapatan negara.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata PH akan menyusun semula kewangan negara dengan melabur semula sumber hasil bumi negara di sektor yang mendatangkan pulangan pendapatan dan mengurangkan kos pembayaran kakitangan kerajaan yang disifatkan membebankan kewangan negara.

“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.

“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya dalam forum bertajuk “Berapa beban hutang dari projek mega Najib”, malam tadi.

Agenda mengurangkan kakitangan kerajaan merupakan sebahagian daripada modal kempen DAP di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya bagi menghadapi PRU 14.

Selanjutnya, sila baca “DAP Ibaratkan Bajet Untuk Penjawat Awam Seperti Pikul Biawak Hidup“, “Jika PH Tawan Putrajaya, Hampir 900 Ribu Kakitangan Kerajaan Bakal Dibuang ?” dan “Tiada Bonus Dalam Bajet Alternatif PH 2017 Sebab DAP Anti Penjawat Awam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s