Wakil PAS Jelaskan Kejadian Dalam Mesyuarat 12 Mac 2015 Punca Perpecahan Pakatan Rakyat

hududAIDCNews -11/01/17 – Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menceritakan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan sebagai punca perpecahan gabungan PAS, DAP dan PKR itu.

“(Pada) 12 Mac (2015), tiga orang wakil kerajaan negeri (Kelantan) dijemput untuk beri taklimat kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen.

“Saya, Datuk Takiyuddin (Hassan) dan Datuk Dr (Mohamed) Fadzli (Hassan) datang beri taklimat di bangunan Parlimen.

“Membentangkan (bahawa) kita (PAS) akan membuat pindaan (Enakmen) Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015. Kita akan bawa dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang (pada) 16 Mac,”jelasnya.

Tambahnya, sebaik sahaja cadangan draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) itu dibentangkan dalam mesyuarat PR, DAP menolak mentah-mentah perundangan tersebut.

“Dalam pindaan ini hanya kena (hukum) orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak dikenakan (hukuman). (Orang bukan Islam) tidak terlibat langsung.

“Sepatutnya, dia (DAP) kena bersetujulah. Sebab kita baiki ke arah yang lebih baik dan mengikut apa yang disuarakan oleh orang dia (bukan Islam) suarakan sebelum ini.

“Dia (DAP) kata dia tetap tidak bersetuju dengan hudud dan tidak akan menyokong. Tidak setuju dibawa dan akan menentang.”

Jelas Nassuruddin, hudud telah diluluskan oleh sidang DUN Kelantan pada tahun 1993 sebelum penubuhan PR lagi jadi tiada sebab PR perlu menghalang perundangan itu dipinda dan dibawa ke sidang DUN Kelantan semula.

Menurut sumber selain wakil DAP, pimpinan PKR juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Kita (PAS) kata tak setuju pun kita nak bawa juga (dalam sidang DUN Kelantan)..Dia kata kalau bawa juga pecahlah (PR).

“Dia kata, ingat dalam negeri dalam PR ini ada tiga negeri (Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor). Ada wakil rakyat yang membuat kenyataan itu. (Seorang) Ahli Parlimen. Saya tidak mahu sebut namanya, (tetapi) seorang Melayu (PKR ?) yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Lepas pada (kritikan) yang itu (DAP), yang Melayu (PKR ?) jadi tukang sokong (DAP).”

hudud-pkr

Tambahnya lagi, tiada sebarang perjanjian bertulis daripada ketiga-tiga parti, DAP, PKR dan PAS yang menghalang parti Islam untuk memperjuangkan hudud dalam sidang DUN.

“Tidak ada perjanjian pun. Dia kata ada. Bila dia kata ada dalam minit mesyuarat, Datuk Mustafa Ali pun kata baca baik-baik minit itu.

“Orang DAP, wakil rakyat dia pun baca. Apabila dibaca, rupa-rupanya bukan keputusan (yang dipersetujui bersama). Itu hanya pandangan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Dia kata kalau tiga-tiga parti tidak bersetuju sebarang perkara tidak boleh dibuat.

“Datuk Mustafa Ali kata itu bukan keputusan. Itu adalah pandangan. Pandangan tidak semestinya keputusan.”

fazli
fazli1
fazli2

Advertisements

3 thoughts on “Wakil PAS Jelaskan Kejadian Dalam Mesyuarat 12 Mac 2015 Punca Perpecahan Pakatan Rakyat

  1. Alahmdulillah. Syukur. Semoga kepimpinan PAS jelas bahawa DAP bukanlah sekutu utk mengangkat syiar Islam. Semoga ahli2 juga faham sejauhmana dukungan PR / PH mahu kepada Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s