Pemuda PAS Tolak Kerjasama Dengan PPBM

KETUA Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
KETUA Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Dr Mahathir kini dianggap bukan satu faktor penting dalam politik negara.

“Bagi kita Dr Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik dan PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

“PPBM masih mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan PAS dan jika kenyataan Dr Mahathir boleh menyebabkan kerugian kepada parti itu saya rasa ahlinya boleh buat keputusan sendiri,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek kepada usahawan muda di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kritikan keras Dr Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.

Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr Mahathir.

Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan –BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s