Anina Tidak Hadir Majlis Pelancaran PPBM

anina-coverAIDCNews -13/01/17 –Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin mengesahkan tidak akan menghadiri diri majlis pelancaran parti itu yang dijadualkan di Stadium Melawati esok.

Anina yang baharu disingkirkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM memaklumkan beliau tidak dapat menghadiri majlis pelancaran partinya kerana mempunyai urusan keluarga.

“Tak (hadir). Saya ada urusan keluarga,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Beliau dijadualkan akan bertemu dengan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kali kedua sebelum membuat kenyataan rasmi berkaitan pendiriannya terhadap PPBM.

Pembantu peribadinya, Kasih Alyza Mohd. berkata, pertemuan kedua itu dijangka berlangsung pada 16 Januari (Isnin) ini.

“Selepas perjumpaan pada Isnin ini, kita akan keluarkan kenyataan,” katanya kepada Antarapos, ketika ditanya perkembangan selepas perjumpaan pertama antara Anina dengan Dr Mahathir.

“Sepatutnya selepas itu (pertemuan pertama) kita nak keluarkan kenyataan, tetapi kita perlu jumpa Tun (Dr Mahathir) semula pada Isnin (16 Januari) ini,” katanya lagi.

Anina pada Isnin lalu mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, susulan penggugurannya sebagai Ketua Srikandi PPBM.

Selepas daripada pertemuan pertama berkenaan, Anina meminta sedikit masa bagi membolehkan dirinya ‘menulis dari hati’ bersabit isu yang melanda dirinya.

Terdahulu sebelum itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pengguguran Anina daripada jawatan sementara itu adalah disebabkan ‘prestasi’ beliau.

Manakala Dr Mahathir pula menasihatkan Anina supaya tidak patah semangat selepas beliau tidak dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed yang dilaporkan Antarapos sebelum ini berpendapat punca sebenar kepada pengguguran Anina adalah kerana isu ‘skandal seks’, yang dikhuatiri menjadi faktor yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti yang baru berusia kira-kira tiga bulan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s