Polis Rakam Keterangan Guan Eng Menghasut Tentang Hudud

dapAIDCNews -13/01/17 –Polis merekodkan keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya meminta beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti itu susulan sokongan BN terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016.

Kenyataan Guan Eng disiar dalam blognya bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN’s Endorsement Of Hudud-Like Laws.”

Guan Eng yang ditemani peguamnya, RSN Rayer diambil keterangan oleh dua pegawai polis berpakaian reman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di Pejabat Ketua Menteri, tingkat 28, Komtar kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Beliau disiasat menurut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 3(1)(a), Seksyen 3(c) dan Seksyen 3(d) akta yang sama dan kenyataannya itu boleh disifatkan menghasut kerana:

(1) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

(2) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

(3) Ia merupakan kecenderungan “bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Guan Eng itu juga adalah satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”.

Perbuatan menghasut merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Perkara 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Dalam sidang medianya, Guan Eng berkata, kenyataannya hanya bersifat politik dan pendapat peribadinya.

Menurutnya, beliau merasakan tindakan itu tidak adil kerana banyak pihak lain yang membuat kenyataan tetapi tidak diambil keterangan polis.

“Mengapa tindakan yang sama tidak diambil ke atas individu lain? Mungkin ini ‘keistimewaan’ yang diberikan kepada saya,” katanya.

Guan Eng berkata, dalam kenyataannya itu, beliau hanya meminta MIC, MCA, Gerakan dan SUPP menarik diri dari BN sekiranya mereka memegang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Jika dilihat kepada kenyataan saya, saya meminta mereka keluar dari BN jika benar dengan prinsip mereka. Ini kerana, DAP memegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kita menentang undang-undang hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, DAP tetap menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal ehwal agama mereka, namun ia harus dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Cadangan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan tidak melalui undang-undang biasa,” katanya.

Advertisements

One thought on “Polis Rakam Keterangan Guan Eng Menghasut Tentang Hudud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s