Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Tuduh PAS ‘Bermukah’ Dengan UMNO

AIDCNews -14/01/17 –Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip menuduh PAS melakukan persetubuhan haram tanpa nikah (bermukah) dengan UMNO.

“Kepada PAS lebih baik bernikah terus dengan UMNO, tak payah bermukah, bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram cara begini, tak molek pada mata rakyat”katanya.

Zahid berkata demikian sebagai menjawab kritikan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang berkata, kesukaran PAS bekerjasama dengan PPBM disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Marah dengan kritikan Mohd Amar terhadap Dr Mahathir itu, Zahid menyamakan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dengan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Kalau UMNO berbangga dengan Datuk Jamal Md Yunos, saya yakin PAS juga berbangga dengan Datuk Nik Amar.

“Cuma saya berdoa, siang malam, pagi dan petang agar Nik Amar tidak mendapat gelaran Nik Amar jamban selepas ini,” sindirnya.

tun

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s