PAN Kata Caj 20 Sen Plastik Baik Untuk Rakyat

amanhKUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang digunakan orang ramai sesuatu yang baik untuk rakyat Selangor.

Pemimpin Pemuda PAN, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, langkah tersebut walaupun menyebabkan rakyat Selangor perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik yang mereka gunakan tetapi ia baik untuk persekitaran mereka.

“Plastik adalah antara komponen karbon yang menyumbang besar kepada pencemaran alam.

“Inisiatif kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah satu usaha yang baik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik oleh rakyat,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak inisiatif kerajaan Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik menambah bebanan ekonomi rakyat.

Justeru, beliau menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohemad Azmin Ali mewajibkan pasar raya dan kedai di Selangor menyediakan beg guna semula untuk kegunaan pelanggan mereka.

Beliau turut mencadangkan pengecualian penggunaan beg plastik secara berselang hari dilaksanakan secara berperingkat ke atas rakyat Selangor. – mynewshub.cc

negara4

Advertisements

2 thoughts on “PAN Kata Caj 20 Sen Plastik Baik Untuk Rakyat

  1. Hanya orang bodoh yg kata perlaksanaan charge 20 utk bag plastik yg di amalkan oleh kerajaan Selangor sekarang menguntungkan rakyat,hakikatnya yg untung adalah peniaga.Kalau mahu rakyat yg untung sepatutnya kerajaan Selangor mengarahkan diskaun 20 sen bagi setiap pembelian bernilai RM 10 ringgit yg tidak menggunakan bag palstik.Langkah ini barulah akan menggalakan para peniaga menyediakan bahan bungkusan yg bukan dari plastik dan ianya tidak membebankan rakyat .Dalam keadaan sekarang peniaga lebih suka terus menggunakan bag plastik,kerana akan mendapat untung tambahan 20 sen bagi setiap bag plastik yg di gunakan.Alam sekitar akan terus juga tercemar.

    Like

    • Saya bersetuju dan menyokong komen anda.Skop lebih luas perlu dilihat sebelum dilaksanakan. Mengapakah ia menampakkan seperti pengguna sahaja yang bertanggungjawab dalam memastikan penggunaan plastik dikurangkan sedangkan pengeluar produk juga menggunakan plastik untuk barangan mereka. Mengapa tidak sama rata. Mereka juga perlulah mencari solusi lain bagi menggantikan plastik.Ia, 20 sen walaupun kecil bagi anda tapi ia tetaplahbeban kepada rakyat.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s