Mahfuz Kritik PAS Tak Hantar Wakil Ke Pelancaran PPBM

panSHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai tanda sokongan kepada parti baru itu.

Jelas beliau lagi, tindakan PAS itu boleh memburukkan keadaan kerana tidak mahu menjalin kerjasama bersama pembangkang yang lain seperti yang dimahukan rakyat.

“Saya kira adalah tidak wajar untuk PAS tidak menghantar wakil mereka ke dalam majlis pelancaran (PPBM).

“Kerana ini akan dilihat dengan satu sudut pandang oleh masyarakat dan rakyat seolah PAS mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dikalangan parti-parti pembangkang yang ada ini.

“Jadi saya kira dengan tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti itu satu langkah yang silap,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran parti berkenaan malam tadi.

tun

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut melemparkan persoalan kepada PAS, adakah parti itu masih belum menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ataupun PPBM, sehingga memutuskan untuk tidak menghantar wakil mereka.

Dalam pada itu Mahfuz memberitahu, kehadirannya ke majlis pelancaran berkenaan kerana mendapat jemputan.

Beliau malah berkata, kehadirannya itu tidak dimaklumkan kepada kepimpinan PAS selain menegaskan bahawa tindakan itu adalah atas kapasiti peribadi.

“Saya dijemput oleh Setiuasaha Agung PPBM melalui emel dan saya datang pada hari ini.

“Saya tidak maklum kepada parti,” katanya.

sarapan

Mahfuz sebelum ini sering dilihat menghadiri program yang diadakan Pakatan Harapan (PH), terbaru sewaktu konvensyen nasional Amanah, Disember lalu.

Namun sehingga kini PAS masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mahfuz, walaupun sudah ada aduan yang dibuat- AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s