PAS Jawab Isu Tidak Hadir Ke Majlis Pelancaran PPBM

tun-mAIDCNews -15/01/17 –Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata keputusan PAS tidak menghantar wakil ke majlis pelancaran PPBM semalam adalah tepat kerana parti baharu serpihan UMNO itu tidak ikhlas menjemput parti Islam.

“Tidak ada gunanya menghantar wakil-wakil semata-mata untuk disindir. Jika benar hendak berunding dengan PAS, kenapa perlu menghina PAS?

“Tun Mahathir jelas tidak ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sindiran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucap utamanya yang membayangkan PAS sebagai parti yang akan memecah-belahkan undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang Barisan Nasional. Tak usahlah mereka menyangkal kerana peletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang.

“Namun demikian, PPBM dan campuran pembangkang akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih,” kata Mahathir di majlis pelancaran parti itu.

Dalam ucapannya Mahathir menegaskan partinya bersama Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon, menggunakan satu simbol dan mendokong manifesto sama pada pilihan raya umum yang diramal diadakan pada tahun ini.

“Kali ini kita semua bersetuju untuk mengadakan parti campuran yang lebih kukuh ikatan antara mereka (PH).

“(PPBM) akan menjadi komponen dalam parti campuran ini. Kita campuran pembangkang akan guna satu simbol, satu manifesto dan meletakkan satu calon sahaja dalam tiap satu kawasan.

“Semua parti-parti komponen akan sokong calon yang satu ini. Tidak akan ada calon lain yang mewakili parti campuran kita,” kata beliau.

kerusi_iskandarSementara itu, Malaysia Dateline memaparkan sebuah kerusi yang ditulis nama ‘YB Ir Datuk Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden PAS’, namun beliau tidak hadir ke majlis pelancaran PPBM itu.

“Walaupun Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dijadualkan hadir dengan adanya kerusi yang disediakan untuk beliau, namun beliau tidak muncul. Hanya ahli parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hadir dengan baju hijaunya.

“Keputusan untuk tidak menyertai majlis pelancaran Bersatu dipercayai dibuat di saat akhir iaitu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat petang tadi,”lapor portal pro PAN itu.
mukriz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s