Tun Mahathir Sengaja Permainkan PAS

ppbmAIDCNews -15/01/17 –Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja mempermainkan PAS dengan mengumumkan kehadiran dua tokoh kanan parti Islam itu ke majlis pelancaran PPBM semalam, walhal kedua tokoh berkenaan tidak hadir.

Portal pro PAN, Malaysia Dateline melaporkan Dr Mahathir berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pelancaran tersebut.

“Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.

“Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.

“Malaysia Dateline difahamkan, wakil PAS sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.

“Namun, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu,”lapor portal itu.

Bagi memburukkan lagi imej PAS, portal pro PAN itu mengutip pendapat Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini sudah terkenal anti-PAS.

Zaid dalam kenyataannya menterbalikkan kenyataan daripada Mahathir menghina PAS kepada PAS menghina Mahathir, malah dipalitkan juga kaitannya dengan Pakatan Harapan.

“Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,”katanya.

Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Mahathir dihina oleh PAS, bahkan sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan PPBM tetapi tidak dengan Mahathir.

Tambahnya, jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana PAS, sudah cukup dan boleh di ‘top up’ melalui gabungan PPBM dan PAN.

“Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah. Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.

“Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s