Bank Kemuka Notis Bankrap Terhadap Lajim Ukin

klp-lajim-ukinAIDCNews -16/01/17 –Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mengeluarkan Notis Kebankrapan terhadap Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Datuk Seri Lajim Ukin.

Sebuah akhbar tempatan pada Isnin memaparkan iklan berkaitan notis kebankrapan tersebut yang bertarikh 3 Mac 2014 dan Perintah bertarikh 24 April 2017 yang difailkan oleh peguam pemiutang, CIMB Islamic Bank Berhad, Tetuan Wong & Shim.

Lajim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata ia sedang diuruskan oleh peguamnya dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya, ia berpunca daripada kelewatan pembayaran kad kredit miliknya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Lajim berkata prosiding tersebut mempunyai hikmah kerana ia membersihkan dirinya daripada segala macam fitnah politik yang mengaitkan dirinya menerima wang daripada kerajaan memerintah untuk keluar daripada parti pembangkang.

“Mereka menyebarkan pelbagai cerita yang saya terima RM30 juta atau RM60 juta dari Umno untuk membentuk parti sendiri. Jika saya ada wang sebanyak itu, adakah masalah (bankrap) ini akan timbul,” katanya.

Lajim merupakan bekas pemimpin Umno yang keluar parti untuk menyertai PKR Sabah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Pada tahun lalu, beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah untuk membentuk Parti Harapan Sabah.

Lajim berkata parti miliknya akan bergabung dengan Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s