PPBM Masih Tidak Yakin Kekuatan Sendiri – Zaid Ibrahim

bersatuAIDCNews -16/01/17 –Berdasarkan ucapan pimpinan utama PPBM semasa majlis pelancaran parti itu Sabtu lalu, parti itu masih tidak yakin dengan kekuatan parti sendiri dan masih mengharapkan pertolongan parti lain untuk menghadapi PRU 14, kata Datuk Zaid Ibrahim.

“Dari ucapan-ucapan yang diberikan oleh beberapa pemimpin parti menunjukkan BERSATU masih kurang yakin dengan kekuatan mereka sendiri.

“Ucapan-ucapan yang dipenuhi dengan rayuan kepada PAS dan parti pembangkang lain untuk bersatu, rayuan yang orang anggap sebagai angan-angan,”katanya dalam tulisan terbaharu di blognya.

Menurut Zaid, tindakan mengumumkan nama-nama tokoh PAS hadir dalam majlis pelancaran PPBM itu, hakikatnya mereka tidak hadir adalah sesuatu tindakan yang terdesak untuk meraih sokongan parti Islam itu.

“BERSATU berharap pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum akan datang untuk mengalahkan Barisan Nasional.

“Nama-nama beberapa pemimpin PAS seperti (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man dan (Datuk) Iskandar Abdul Samad dari Selangor telah disebut sebagai hadir ketika itu sedangkan mereka tidak ada sama sekali.

“Malah, saya mendengar bahawa Jawatankuasa Pusat PAS mengundi sebulat suara untuk tidak menghantar mana-mana wakil untuk pelancaran BERSATU ini.”

Tambahnya, PPBM perlu ada keyakinan untuk memberitahu pengundi bahawa tanpa PAS, pembangkang akan menang pertandingan 1 lawan 1 atau 3 penjuru.

“BERSATU mesti yakin bahawa jika PAS mampu raih undi Melayu (jika ada), mereka juga akan dapat lebih undi Melayu dengan bekerjasama dengan Amanah.

“BERSATU mesti yakin melalui kerjasama dengan Amanah dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, mereka akan membawa lebih banyak undi Melayu kepada pembangkang berbanding dengan PAS lakukan pada tahun 2013.

“Jika anda mempunyai kekuatan keyakinan dalam keupayaan anda sendiri, maka lebih mudah orang lain untuk mengikuti anda.”

edy

Advertisements

One thought on “PPBM Masih Tidak Yakin Kekuatan Sendiri – Zaid Ibrahim

  1. PPBM bukan hanya berasa tidak yakin dengan kekuatan sendiri..malah itu adalah hakikat sebenarnya yang akui oleh pimpinan PPBM dalam ucapan-ucapan mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s