GST : Ada Sebab DAP Sokong Padu Kenyataan Tun M

guan-eng-tunAIDCNews -17/01/17 –DAP menyokong penuh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menghapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sekiranya gabungan pembangkang memenangi PRU14.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara itu juga merupakan pendirian DAP dan menganggap GST sebagai punca kemusnahan ekonomi negara selama ini.

Sebab itu, dakwa Guan Eng, GST tidak dikuatkuasakan di Pulau Pinang.

“Dakwaan BN yang mengatakan GST perlu supaya mereka mampu membayar BR1M adalah tidak masuk akal dan tak logik kerana di Pulau Pinang walaupun kita tidak mengenakan GST namun kerajaan negeri mampu untuk membayar wang penghargaan kepada anak emas, warga emas dan anak sekolah.

“Disebabkan skandal rasuah yang menyebabkan kerajaan pusat terdesak sehingga terpaksa susahkan rakyat dengan GST,” katanya ketika ditemui media hari ini.

huan

Justeru, Guan Eng merayu jika sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14, model pentadbiran DAP di Pulau Pinang akan dipraktikkan di peringkat pusat dan seluruh negeri.

“Pulau Pinang telah buktikan tanpa GST kita mampu memberikan bantuan kepada rakyat.

“Berilah peluang kepada kami (Pakatan Harapan) untuk buktikan bahawa apa yang kami laksanakan di Pulau Pinang mampu dilakukan di seluruh negara,” katanya lagi.

Pada 8 Sept. 2015, AIDCNews mendedahkan kenapakah peniaga Cina berdiri teguh di belakang DAP melalui perhimpunan haram BERSIH bagi menentang pelaksanaan GST :

Menurut penganalisa ekonomi Aiman Hussin, selama ini penyokong DAP mendakwa mereka adalah pembayar cukai tertinggi dalam negara walhal dakwaan itu adalah satu penipuan dan memesongkan fikiran rakyat.

“Sebenarnya, mereka adalah pengelak cukai tertinggi di Malaysia. Sebagai ahli perniagaan, golongan ini mampu menipu dan memanipulasi pengisytiharan perolehan mereka berbanding kaum Melayu yang majoritinya bekerja makan gaji dalam syarikat milik ahli perniagaan Cina.

“Borang EA yang disediakan majikan sukar untuk diubahsuai, melainkan anda adalah saudara dalam sesuatu perniagaan dijalankan ahli keluarga.

Menurut Aiman, bayangkan jika ia melibatkan puluhan ribu ahli perniagaan menggunakan cara yang sama bagi mengelak membayar cukai yang sepatutnya dijelaskan mengikut undang-undang? Berapa banyak wang melibatkan jumlah jutaan dan tidak mustahil mencecah berbilion ringgit disonglap dari dibayar sebagai cukai sejak kita merdeka?

Dan mereka terus mendakwa merekalah pembayar cukai tertinggi di Malaysia!

Melalui sistem percukaian GST, mereka tidak dapat lagi mengelak dan sebab itu mereka sangat bencikan sistem percukaian baru ini kerana ia menutup kelemahan sedia ada.

Sistem percukaian GST ini membolehkan kerajaan menghubungkaitkan pengisytiharan pendapatan perniagaan mereka dengan rekod GST yang dikumpulkan sepanjang tahun. Melaluinya, ahli perniagaan yang selama ini dapat mengelak melalui pengisytiharan palsu dapat dikesan.

“Ia akan dapat meminimakan jumlah yang lari cukai. Mungkin, satu hari nanti, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat menyiarkan kutipan cukai berdasarkan kaum bagi memudahkan kita melihat kumpulan manakah yang menjadi pembayar cukai utama di negara ini.

“Namun, malangnya perlaksanaan percukaian GST ini dilancarkan dengan begitu lemah sekali sehingga membolehkan ahli perniagaan tamak ini memperolehi keuntungan berlebihan dan menyalahkan kerajaan menggunakan alasan GST,” katanya.

Aiman turut menyentuh pemilikan kenderaan mewah adalah golongan yang menikmati subsidi petrol sejak beberapa dekad lalu.

“Kita boleh katakan mereka menerima semula antara 20 hingga 30 peratus daripada bayaran cukai mereka melalui subsidi petrol. Keuntungan yang sama dinikmati syarikat persendirian apabila kos pengangkutan mereka dapat dikurangkan melalui subsidi petrol dan diesel. Mereka mampu menikmati semula antara 10 hingga 30 peratus daripada cukai yang dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Jadi, kata Aiman, kita mudah melihat mengapa penyokong DAP yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina beriya-iya untuk menyertai perhimpunan haram ini – kerana nikmat mereka lari daripada cukai sudah tiada lagi sementara kaum Bumiputera sebelum ini yang makan gaji sebagai pekerja terus membayar cukai mengikut undang-undang, tanpa manipulasi, tanpa penipuan pengisytiharan.

Apabila perolehan pendapatan mereka dikeluarkan, mereka tidak boleh lagi memanipulasi laporan akaun mereka kerana ia akan dibandingkan dengan transaksi GST.

Pada 12 Jun lalu, Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk T. Subromaniam mendedahkan pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 38,000 pemilik syarikat persendirian yang merekodkan keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai lari cukai.

“Jumlah itu adaah 10 pe­ratus atau 38,000 daripada 380,000 buah syarikat yang berdaftar untuk GST dikesan sebagai ‘lari’ daripada cukai sebelum perlaksanaan sistem cukai ini.

“Syarikat-syarikat tersebut adalah entiti yang ‘lari’ daripada pembayaran cukai sedangkan mereka mengaut keuntungan beratus ribu ringgit setiap tahun.

“Situasi ini disebut sebagai ‘hidden economy’ di mana kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang sepatutnya diperoleh.

“Melalui pelaksanaan GST, kita dapat mengesan dan memastikan mereka memberikan sumbangan kepada negara melalui sistem percukaian seperti syarikat-syarikat lain,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s