Tidak Hadir Majlis Pelancaran PPBM : Mahfuz Omar ‘Tikam’ Iskandar

AIDCNews -17/01/17 –Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ‘menikam’ Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkenaan isu ketidakhadiran ke majlis pelancaran PPBM Sabtu lalu.

Mahfuz mempertikaikan alasan Iskandar yang berkata beliau tidak hadir disebabkan kewujudan wakil DAP dan PAN dalam majlis tersebut.

“Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS,”kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kenyataan Iskandar itu juga membayangkan bahawa semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan meletakkan jawatan di semua PBT di peringkat negeri kerana di sana terdapat wakil DAP dan wakil PAN.

“Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).

“Tidak mustahil demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak PAS Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s