Bilakah MSU & PAS Pusat Beri Lampu Hijau Jalinkan Kerjasama Politik Dengan PPBM ?

mahfuzAIDCNews -18/01/17 –Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) dan PAS Pusat memberi lampu hijau kepada PAS Selangor untuk jalinkan kerjasama politik dengan PPBM sehingga boleh jemput hadir di atas pentas PAS?, soal aktivis parti, Huzir Sulaiman.

Setiausaha Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman berkata demikian sebagai membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mahu menjemput Presiden dan Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Muhkriz Mahathir dalam program PAS dalam masa terdekat.

“PAS tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti itu (PPBM) untuk bersama-sama dalam program dianjurkan parti itu. Pihaknya pernah menjemput, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program dianjurkan dan bakal mengadakan program bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat. Kita tiada masalah dari segi hubungan dengan Bersatu…,” kenyataan Iskandar dipetik.

Kenyataan Iskandar itu ditempelak Huzir dengan pelbagai tanda tanya.

“Tak ada masalah? Kenyataan Tun M selaku pengerusi PPBM berkenaan RUU355 tak ada masalah?

“Hubungan Tun M dengan Dr.Kassim, SIS dan lain-lain tak ada masalah?

“Isu atau skandal Tun Mahathir masa jadi PM selama puluhan tahun tak ada masalah?

“Sudahkah Tun M mohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang beliau zalimi ketika menjadi PM?

“Sudah lupakah kita pada Tragedi Memali?

“Dan bila masa pulak MSU dan PAS Pusat bagi lampu hijau untuk jalinkan kerjasama politik sehingga boleh jemput hadir di atas pentas PAS?,” soalnya dalam Facebook.

huzir
huzir1
huzir2

hu
hu1

hu
hu1
hu2
hu
hu3
hu4
hu5

Advertisements

One thought on “Bilakah MSU & PAS Pusat Beri Lampu Hijau Jalinkan Kerjasama Politik Dengan PPBM ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s