Pakatan Harapan Terlalu Bergantung Undi Cina

PETALING JAYA – Pakatan Harapan kini dibelenggu dua masalah termasuk risiko perang tiga segi yang akan melemahkan keupayaan pembangkang untuk mempertahankan Selangor.

Selain itu, Pakatan Harapan juga berasa bimbang dengan kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi keturunan Cina.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, ‘demam politik’ yang ditunjukkan pengundi Cina pada Pilihan Raya 2008 dan 2013 mula merosot dan mereka seakan-akan hilang keyakinan terhadap politik.

Katanya, orang Cina mula menunjukkan tanda-tanda mahu “berputus asa”, sekali mewujudkan kebimbangan bahawa ramai pengundi daripada kaum itu mungkin memilih untuk tidak mengundi.

Menurutnya, penurunan undi Cina pada kadar lima hingga 10 peratus akan mengubah keadaan politik dan meletakkan Pakatan Harapan dalam risiko kehilangan 10 kerusi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sikap pesimis pengundi Cina akan membawa padah kepada Pakatan Harapan.

“Walaupun dalam keadaan sokongan Melayu meningkat pada lima hingga 10 peratus dalam pilihan raya akan datang, ia mungkin gagal menyelamatkan keadaan Pakatan Harapan jika peratusan undi Cina menurun,” katanya kepada Sinchew Daily.

Mengenai isu pengagihan kerusi, Tian Chua berkata, selain PKR, Parti Pribumi Bersatu turut berunding dengan Pas untuk mengelakkan perang tiga segi yang tidak menguntungkan pembangkang.

Menurutnya, kegagalan rundingan akan menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan lebih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya di Selangor.

Antara kawasan yang berisiko tinggi termasuk Sekinchan, Sungai Pelek, Kuala Kubu Bharu dan Telok Datok yang merupakan kawasan DAP.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Hee Loy Sian bagaimanapun berkata, keempat-empat parti pembangkang utama telah mencapai persefahaman untuk mengelakkan perang tiga segi.

Beliau percaya pembangkang dapat mengekalkan kuasa di Selangor melalui kerjasama Pakatan Harapan dengan Pas. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s