Jawatan TPM Untuk DAP : Melayu Perlu Bimbang – Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, orang Melayu di negara ini perlu untuk merasa bimbang jika hasrat DAP untuk meletakkan wakil mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri tercapai.

“Ini bukan soal perkauman, tetapi orang Melayu patut bimbang kerana tingkahlaku pemimpin DAP sebelum ini banyak melukai hati umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Menurutnya, ini kerana teras perjuangan parti rasis itu hanya mengutamakan kepentingan satu kaum sahaja dan rekod selama ini membuktikan mereka tidak pernah berasa senang terhadap kedudukan orang Melayu.

“Ini bukan soal perkauman atau untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi jika wakil DAP jadi Timbalan Pedana Menteri, saya bimbang akan memberi kesan kepada masa depan orang Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata, tradisi pemerintahan kerajaan berparlimen di negara ini menyaksikan hanya orang Melayu dan beragama Islam yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, ini berlaku sejak Malaysia mencapai kemerdekaaan sehingga kini di bawagh era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun tegas beliau, masyarakat Cina merupakan kaum minoriti dan kedudukasn itu pula berpecah kepada beberapa kumpulan politik yang berbeza.

“Walaupun jawatan Timbalan Perdana Menteri bukna satu ketetapan untuk orang Melayu, tetapi tradisis itulah yang selama ini menjadikan negara kita harmoni dan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai,” ujarnya.

Katanya, tradisis yang baik apabila dirombak kerana memenuhi agenda peribadi kebiasaannya hanya akan mendatangkan kesan tidak baik dan tidak boleh diterima umum.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan DAP hanya meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.

Pengerusi BERSATU dalam sebuah portal berita dipetik sebagai berkata itu DAP mahukan jawatan tersebut manakala bagi jawatan Perdana Menteri kekal kepada orang Melayu.

Mengulas lanjut lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata selama ini pemimpin DAP pernah mempertikaikan kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaaan dan Islam sebagai agama rasmi.

Malah katanya, pemimpin DAP pernah mempersoalkan laungan azan di masjid dan banyak lagi tindakan mereka yang telah menggurislkan hati umat Islam di negara ini.

“Sekarang DAP tuntut kerusi TPM, jadi orang Melayu terutama yang pro-pembangkang perlu mengambil peringatan dan berwaspada,” tegasnya.

“Jangan nasi sudah menjadi bubur, baru nak menyesal,” ujarnya lagi sambil menegaskan UMNO pasti akan menentang habis-habisan Pakatan Harapan dan tidak mahu melihat tradisis pemerintahan orang Melayu di negara ini dihancurkan.

UMNO tegasnya lagi, tidak akan berdiam diri sebaliknya akan memastikan impian DAP untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri hanya tinggal angan-angan.

Beliau mengingatkan parti pembangkang terutama AMANAH, PKR dan BERSATU jangan bermain dengan sentimen kaum untuk memenangi PRU akan datang.

“Saya nak ingatkan blok pembangkang, jangan kerana mahu mengharap undi orang Cina (DAP), maka jawatan TPM sanggup tawarkan kepada mereka.

Dalam hubungan ini, beliau berharap orang Melayu, tidak terkecuali penyokong PAS supaya berwaspada dengan usaha terancang pihak berkepentingan untuk menguasai negara ini – umnobahagiancheras

Advertisements

One thought on “Jawatan TPM Untuk DAP : Melayu Perlu Bimbang – Syed Ali

  1. Detik-Detik Hitam umat Melayu yang Melayu selalu / sengaja LUPA :

    # Penjajahan Penyangak Kolonial Kulit Putih – lebih 500 tahun
    # Tragedi Temasek – sudah lebih setengah abad terpahat sebagai sejarah
    # Tragedi 13 Mei 1969 – hampir 50 tahun kengeriannya berlalu

    Astaghfirullah !!!
    Apakah benar Melayu Mudah Lupa ? Kenapa umat Melayu tandus intelektualisme untuk mengambil iktibar daripadanya ? Demi KUASA, dungu dan bahlul sangatkah Melayu bercakaran sesama sendiri dan sanggup bersekongkol dengan musuh yang saban hari giat dan bertenaga melebarkan Lebuhraya Kehancuran Melayu ?

    Sedar dan insaflah wahai Melayu yang saban hari kian meLAYU di bumi sendiri…
    Jangan ghairah dan rakus untuk mencipta saat di mana ” Mengalir Airmata Darah sekalipun tidak akan bermakna lagi bilamana engkau Kehilangan Segala Hak Sewajarnya Dimiliki”.

    Amat-amatilah wajah Rakus,Serakah,Tamak dan Haloba musuh-musuh yang setia menunggu saat kehancuran Melayu / Islam. Jangan bersedia dan rela untuk diperhambakan musuh. Berguru kepalang ajarlah melalui sejarah.

    Bermuhasabahlah untuk berpegang kukuh dengan tali Allah !

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s