Khalid Samad Didenda RM2,900 Mengajar Tanpa Tauliah, Bakal Terlucut Ahli Parlimen

khalid_samad_hilang_kerusiKLANG – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didenda RM2,900 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syarie, Klang terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, dekat sini, enam tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim membuat keputusan itu sebentar tadi dan turut memerintahkan Khalid menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut hari ini.

Khalid didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di surau Taman Seri Sementa antara jam 10 malam hingga 11.30 malam pada 16 Ogos 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Seramai empat saksi pendakwaan, seorang saksi pembelaan dan 12 eksibit dikemukakan sepanjang prosiding.

Pada 19 Disember lalu, mahkamah mensabitkan Khalid terhadap pertuduhan itu sebelum menangguhkan prosiding untuk keputusan pada hari ini.

Dengan keputusan tersebut, Khalid kemungkinan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara setahun atau denda melebihi RM2,000 – SH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s