Pengakuan Tun M Sahkan Wujud Pakatan Sulit, Kata Tunku Aziz

AIDCNews -19/01/17 – Pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri mengesahkan wujudnya pakatan sulit antara bekas Perdana Menteri itu dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

“Sungguhpun mereka kata saya buat satu fitnah, Kit Siang kata macam-macam kepada saya, tetapi sekarang kebenaran muncul,” katanya kepada Antarapos.

Tunku Aziz sebelum ini mendedahkan pakatan sulit membabitkan persetujuan untuk anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dijadikan Perdana Menteri dan Kit Siang sendiri sebagai timbalannya jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipetik berkata, calon DAP tidak mungkin mengisi jawatan Perdana Menteri kerana ia akan memerlukan sokongn parti pembangkang Melayu yang sedia ada.

“DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

“Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” kata Dr Mahathir, dalam satu program malam tadi.

Mengulas pengakuan Dr Mahathir itu, Tunku Aziz berkata beliau lega kerana akhirnya kebenaran telah terserlah.

“Apa yang saya kata itu bukan fitnah atau cerita rekaan. Benda ini betul,”katanya.

Petang tadi, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang juga anak Kit Siang menafikan parti itu mahukan jawatan TPM.

Penafian itu, kata Tunku Aziz, memberikan signal bahawa kedua-dua pihak itu tidak sehaluan.

“Kalau Guan Eng nafi sama ada perjanjian (sulit) tak pernah dibuat atau (DAP) tak pernah minta jawatan TPM kepada Lim Kit Siang, maknanya dia tuduh Dr Mahathir sebagai pembohong.

“Dari sini kita boleh lihat pakatan ini bukan pakatan yang kuat, ini pakatan yang tiap-tiap hari bertengkar. Kalau macam ini bagaimana rakyat harapkan pakatan ini boleh bekerjasama untuk rakyat,” katanya.

Tunku Aziz sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada pendedahannya yang dibuat sebelum ini.

“Saya secara peribadi bagi pihak saya, saya bukan nak buat cerita yang tak betul. Kalau tak ada keterangan dan bukti, saya tak akan membuat apa-apa kenyataan yang saya buat dulu itu,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s