PRU 14 : PAN Ikrar PAS Tiada Lagi Peranan Dalam Kerajaan Negeri Selangor – Sallahuddin

AIDCNews -19/01/17 – PAN berikrar PAS tidak akan ada peranan jika Pakatan Harapan (PH) menang lagi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata, ia juga akan menyaksikan PAS tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor seperti sekarang, di mana ia masih diwakili dalam kerajaan campuran Pakatan PH + PPBM yang turut melibatkan musuhnya DAP.

“Selagi mana PAS tidak masuk dalam PH, kita tidak akan ambil kira mereka,” katanya kepada FMT.

PAS kini mempunyai 13 kerusi daripada 56 kerusi negeri di Selangor, manakala 3 daripada exco negeri diwakili parti itu.

Salahuddin berkata, PAS kini berdiam diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan dan masih lagi memegang tampuk kuasa di peringkat exco.

“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.

Tegasnya, apabila PAS tidak bersama PH, PANh sebagai parti yang turut membawa ciri “Islamik” bertanggungjawab memenuhi kekosongan ditinggalkan PAS itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s