Polis Sahkan Bekas Pengarah Operasi SPRM Disiasat Salah Guna Kuasa

AIDCNews -20/01/17 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain pada tahun lepas.

Beliau berkata, siasatan sudah dibuat dan dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

“Laporan terhadap Bahri kita terima di Kelantan.

“Seperti biasa, kita akan jalankan siasatan kerana ada laporan dan apa jua penemuan akan kemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Persada PLUS, Subang hari ini.

Bahri sebelum ini telah mengambil keputusan untuk bersara awal kerana didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat keluarga.

Isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist).

Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist) Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)
Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist) Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)

Semenatara itu, Pengarah Kist, Noraihan Che Ali mendakwa, Bahri yang merupakan birasnya telah mengarahkan sepasukan anggota SPRM Putrajaya menggeledah rumahnya dan merampas sejumlah dokumen berkaitan perniagaan kolejnya beserta dokumen-dokumen perniagaan lain.

“Suami saya telah pulang ke rahmatullah pada September 2015 dan telah meninggalkan harta berjumlah sekitar RM100 juta dan hutang piutang bernilai RM85 juta.

“Kemudian berlaku perebutan harta pusaka peninggalan suami saya diantara adik beradik Allahyarham dengan saya dan anak saya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pertikaian harta berkenaan, Noraihan menjelaskan, adik kepada suaminya yang juga isteri kepada Bahri, Datin Norhaslina Abdullah memintanya menandatangani surat penolakan harta yang ditinggalkan suaminya.

Katanya, satu surat peguam turut diserahkan bagi tujuan berkenaan di samping meminta anaknya untuk menurunkan cap jari bagi tujuan menolak harta yang ditinggalkan bapanya.

“Mereka mendesak saya supaya menandatangani surat penolakan harta, malah cuba mendapatkan cap jari anak saya yang merupakan anak yatim dan baru berusia 9 tahun.

“Yang mendesak saya ialah Datin Norhaslina Abdullah dan suami beliau, Datuk Bahri Mohd Zain.

“Selepas keengganan kami anak beranak untuk menandatangani surat penolakan harta tersebut, sepasukan Unit Khas SPRM Putrajaya telah datang ke rumah saya pada 16 Januari 2016 untuk menggeledah dan menyita kediaman saya dan mengambil semua dokumen berkaitan Allahyarham suami saya terutama berhubung Kolej Islam Sains dan Teknologi,” katanya sambil mendakwa operasi tersebut didalangi oleh Bahri.

Bimbang akan ancaman yang dihadapinya, satu laporan polis telah dibuat pada 19 Februari 2016 bagi membuat aduan terhadap salah guna kuasa Bahri dalam usaha merebut harta pusaka, namun kata Noraihan, tiada tindakan diambil pihak polis.

“Saya tekad untuk membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada 1 Mac 2016. Malangnya sehingga hari ini, tiada tindakan yang dilakukan,” katanya.

Tambah Noraihan, beliau mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meakukan siasatan terhadap aduan berkenaan sambil meminta SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung salah guna kuasa oleh Bahri.

Sementara itu, peguam Noraihan, Ahmad Zaharil mempersoalkan mengapa isu berkaitan anak guamnya masih belum selesai selepas lebih setahun aduan kepada pihak polis dibuat.

“Mengapa pula isu berkaitan wasiat dan harta pusaka mendapat campurtangan pihak SPRM dan bukannya polis?” soal Zaharil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s