Tun M Kini Jadi ‘Balaci’ Singapura ?

Mynewshub.cc/HAA – ALKISAH projek mega Forest City yang merupakan sebahagian daripada wilayah Iskandar Malaysia sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.

Atikel Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk ‘menyerang’ Forest City sebetulnya mempunyai banyak muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk menggagalkan projek raksasa tersebut.

Mengapa projek Forest City ini diserang? Baiklah ini cerita rahsia di sebaliknya…

Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama kepada sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura, secara kebetulan negara jiran Malaysia dan tetangga terdekat negeri Johor!

Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka mengeksploitasi pengaruh media yang ada untuk memburukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.

Situasi ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu diserang hebat oleh media ekonomi antarabangsa Wall Street Journal sewaktu hendak menerbitkan IPO pada 2013 lepas.

Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore ‘Scares the Hell Out of Everybody’ yang diterbitkan pada 16 November 2016.

Penulis itu ialah Pooja Thakur Mahrotri, En Han Choong dan dibantu Emma Dong. Pooja dan Han Choong merupakan jurnalis ekonomi berpangkalan di Singapura, manakala Emma jurnalis hartanah berpangkalan di China.

Penulis yang menjadi tumpuan adalah Han Choong yang kebanyakan daripada artikel beliau ‘rajin’ mengkritik ekonomi Malaysia dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB.

Beliau malah kerap menulis artikel yang menyerang pasaran saham Malaysia selain turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan Perdana Menteri.

Baca: http://www.thestar.com.my/…/china-projects-to-hit-singapor…/

Projek Forest City dan Iskandar Malaysia sebenarnya telah mendapat ancaman daripada Singapura sendiri yang memperlihatkan banyak media mengulas tentang pengalihan pelaburan daripada Singapura kepada Malaysia.

Tindak balas daripada Singapura juga telah dijangkakan oleh pelabur dan kebanyakan daripada mereka sedar dan bersedia tentang perkara ini.

SINGAPURA TERANCAM DENGAN PEMBANGUNAN PESAT DI JOHOR

Malah, beberapa komentator rancangan televisyen di Taiwan mengulas bahawa pelaburan China akan membahayakan pegangan ekonomi Singapura.

Baca: http://statestimesreview.com/…/china-successfully-plot-sin…/

Ada penganalisis ekonomi berpendapat bahawa pelaburan China ini merupakan satu ‘hukuman’ terhadap Singapura kerana memihak Amerika Syarikat (AS) dalam banyak perkara terutama isu pertikaian Laut China Selatan.

Bukan setakat itu sahaja, China juga telah mengurangkan hampir separuh kapal kargo mereka daripada memasuki Pelabuhan Singapura.

Baca: http://www.thestar.com.my/…/china-projects-to-hit-singapor…/

Maka tidak mustahil bagi Singapura yang melindungi banyak pelaburan daripada AS menggunakan media seperti Bloomberg untuk menyerang Malaysia dan pelaburan yang bakal membawa keuntungan besar.

Ini juga termasuk akhbar harian terbesar Singapura, The Straits Times yang menyerang projek Forest City ini dengan pelbagai andaian dan tuduhan liar terutamanya tentang konon kesan buruk alam sekitar.

Projek Forest City juga yang dibangunkan dengan tambakan laut, turut menambahkan keluasan tanah di negeri Johor sebanyak 1,386 hektar atau 0.07 peratus yang semakin hampir dengan sempadan Singapura.

Penambakan laut ini juga memaksa Singapura mengalihkan laluan kapal kargo, mengkaji semula kedudukan strategik ketenteraan dan pelbagai lagi yang melibatkan kepentingan negara republik tersebut.

Secara jelas dengan rujukan kepada artikel daripada media antarabangsa ia sebenarnya menunjukkan ketakutan amat sangat pihak Singapura terhadap pelaburan besar China di Malaysia yang tidak dijangka.

Kebiasaanya juga, dalam perperangan ekonomi seperti ini, wakil tempatan dari dalam negara akan digunakan untuk turut menyerang pelaburan tersebut seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB sepanjang 2015 lalu.

YTL menggunakan media The Edge (Tong Kooi Ong) dan Tony Pua untuk terus-menerus menyerang 1MDB. Ia agar 1MDB gagal untuk menerbitkan IPO dan juga seperti kes serangan terhadap kapal selam Scorpene.

Bezanya isu ini diterajui oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen yang mendesak supaya kekuatan dan keupayaan Scorpene, aset milik TLDM ini didedahkan kepada umum untuk tujuan risikan tentera Singapura.

Adakah kali ini pelabur Singapura dan AS yang ada kepentingan pelaburan di Singapura ‘guna’ Mahathir sebagai jurucakap untuk sabotaj Forest City dengan menyebabkan kepercayaan pelabur asing terhadap projek ini jatuh?

Adakah Mahathir kini sudah menjadi ejen rahsia kepada AS yang dahulunya amat beliau benci dan sering mengatakan bahawa media Barat sebagai tidak boleh dipercayai sama sekali?

Ini kerana tuduhan beliau terhadap Forest City adalah berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Bloomberg Asia yang ditulis oleh individu yang mempunyai kecenderungan untuk mengkritik Kerajaan Malaysia.

Adakah di dalam perjuangan songsang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, beliau sanggup gadai maruah beliau kepada AS dan menjadi keldai tunggangan Yahudi laknatullah?

Ini adalah beberapa perkara yang terfikir apabila mengetahui tentang serangan aneh daripada media asing terhadap pelbagai projek kerajaan di Malaysia.⁠⁠⁠⁠

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s