PAS Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan PPBM – Abdul Hadi

SHAH ALAM: PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sebarang pertemuan dan rundingan bersama PPBM setakat ini hanya berkisar kepada perkara biasa dan bukannya berkaitan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita terbuka untuk berbincang dengan parti-parti politik di negara ini… (tetapi) jangan jadikan PAS sekadar anak tangga untuk mereka ‘naik’ saja (raih sokongan pada pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Muslimat Muda di sini, Sabtu.

Abdul Hadi turut tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan parti pembangkang menentang Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Beliau berkata keinginan pakatan DAP-PKR-Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai tindakan terdesak mereka selepas PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“Kalau Amanah bertanding tempat PAS, mereka yang wujudkan tiga penjuru, bukan kita, kita ada di kawasan asal sejak tahun 1950an.

Siapa yang menumpang, siapa yang baharu datang, itu kena sedarlah,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s