DAP Bukan Rakan Politik Yang Baik – Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR: Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup memberi isyarat bahawa parti itu bukan rakan politik yang baik bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) dan menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia.

“Agenda anti-Islam DAP juga tidak mungkin dapat diterima oleh PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia. DAP boleh mengajak mana-mana parti yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik DAP khususnya PAN (Parti Amanah Negara), yang juga serpihan PAS yang setia kepada DAP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan bahawa PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini.

Kenyataan Mohd Khairuddin dipercayai merujuk kepada ulasan Kit Siang sebelum ini bahawa pembentukan gabungan dalam pakatan harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) penting dalam ‘menyelamatkan’ Malaysia dan mengalahkan BN.

Bagaimanapun, PAS setakat ini masih berpendirian untuk tidak membentuk pakatan bersama parti pembangkang lain dan PPBM, serta lebih selesa bersendirian dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, akan datang – BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s