Kuasai Media Baharu Tangkis Persepsi Negatif – TPM

AIDCNews – 23/1/17 – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera siber UMNO perlu melipat kali gandakan usaha mereka untuk menyebarkan maklumat dalam usaha untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata mengikut satu kajian mendapati satu blog pro UMN/BN dinisbahkan dengan 15 blog anti-establisment.

“Mengikut kajian tersebut, jumlah aktivis dan jentera siber UMNO hanya di sekitar 6.6 peratus sahaja yang mendokong usaha-usaha kerajaan ini di mana secara nisbahnya, setiap satu jentera siber kita, akan ada 15 jentera siber di kalangan mereka yang menentang kita.

“Ini bermakna pihak mereka menguasai 93.4 peratus yang jelas mampu menenggelami gerakan jentera siber UMNO hari ini,” katanya dalam ucapan perasmian pelancaran Skuad Penerangan dan Media Wanita UMNO Malaysia yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC semalam.

Kenyataan ini bukan bermaksud hanya 6.6 peratus yang menyokong kerajaan, tetapi 6.6 peratus nisbah blog pro kerajaan berbanding dengan blog pembangkang.

Beliau seterusnya menggesa jentera-jentera siber UMNO/BN agar terus bekerja keras demi untuk memastikan UMNO/BN mampu untuk menguasai medium komunikasi media sosial dalam usaha untuk memperbetulkan persepsi negatif rakyat terhadap UMNO/BN dan pimpinan kerajaan, memandangkan PRU ke 14 yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Kita perlu sedar dan sentiasa ingat, bahawa kita hari ini berada di dalam peperangan pemikiran dan persepsi.

“Mana-mana pihak yang menguasai peperangan persepsi ini akan berjaya mengubah minda dan pola pemikiran rakyat atau pengundi mengikut acuan dan kehendak mereka”, ujarnya.

Beliau memberi peringatan ini kerana peperangan persepsi dan pemikiran ini telah membuatkan UMNO, BN hampir-hampir kecundang dalam PRU ke 12 dan ke 13 akibat kegagalan dan kealpaan menangani segala dakwaan serta tohmahan mereka yang bertaburan di media sosial.

“Berdasarkan pengalaman kita yang lalu, maka hari ini jentera-jentera siber UMNO perlu menggunakan kedua-dua cara komunikasi iaitu secara konvensional dan juga melalui media sosial dalam usaha kita untuk memulihkan kembali persepsi negatif yang selama ini ditanam oleh pihak pembangkang dalam pemikiran rakyat di negara ini, apatah lagi PRU ke 14 bakal menjelang tidak lama lagi,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s