PKR Tiada Masalah Jika DAP Tuntut Jawatan TPM, Kata Zuraida

AIDCNews -23/01/17 – PKR tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya benar DAP menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, ia berdasarkan sikap keterbukaan dan kepelbagaian kaum yang terdapat dalam kalangan blok pembangkang.

“Ya (tiada masalah), atas dasar kita nak menunjukkan kita (meraikan) kepelbagaian kaum,” katanya ketika ditanya berkenaan dakwaan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta jawatan TPM daripada Mahathir.

Tambahnya, setakat ini beliau tidak pernah mendengar DAP meminta jawatan tersebut, namun partinya sedia mempertimbangkannya sekiranya parti berasaskan kaum Cina benar-benar mahukan jawatan tersebut.

“Pada prinsipnya saya tidak nampaklah ada permintaan daripada DAP yang dikatakan parti Cina itu meskipun mereka sebenarnya parti berbilang kaum, tidak pernah kita dengar mereka menyatakan hasrat itu.

“Tapi kita sebagai satu pakatan pembangkang yang berbilang kaum, kita alu-alukan kombinasi untuk kepentingan masyarakat berlainan (kaum).

“Kita dalam Pakatan ini memang mempertimbangkan kemungkinan benda-benda macam begini. Tapi mereka (DAP) tidak mintalah,” katanya lagi.

Sementara itu, aktivis DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyokong jika jawatan TPM diberikan kepada calon daripada partinya.

Katanya, sesiapa pun layak dicalonkan TPM asalkan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik.

“Tidak kiralah siapa yang jadi PM atau TPM yang pentingnya mengikut perlembagaan negara dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja, biarpun ia dari DAP, PKR, Amanah atau Bersatu, bagi kami peluang untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s