Tempoh Berunding Dengan PAS Sudah Berakhir – Tun Mahathir

AIDCNews -23/01/17 –Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh berunding partinya dengan PAS sudah berakhir dan parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Kita telah buat keputusan, masanya sudah tiba dan kita akan putuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU tak lama lagi,” kata Dr Mahathir pada majlis dialog anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Titiwangsa dan Seputeh di Ampang, malam Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab soalan diajukan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik, yang menjadi pengerusi program berkenaan.

Maszlee bertanya sehingga bilakah pakatan pembangkang memberi masa kepada PAS untuk bekerjasama dalam satu barisan menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata Dr Mahathir, penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan bukan lagi berstatus “kemungkinan” sebaliknya ia sudah diputuskan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Tambahnya, PPBM telah memberi lebih masa kepada PAS bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang, namu sehingga kini PAS tidak memberi jawapan yang kukuh.

“Hasrat BERSATU, jika PAS tak nak sertai Pakatan Harapan, BERSATU akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau PAS tak nak, (biar) tak naklah,” katanya.

Dalam masa sama Dr Mahathir berkata partinya bersedia bekerjasama dengan DAP, PKR dan PAN tanpa PAS.

“Kalau boleh, kita mahu semua lima parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan.

“PAS kata tak akan bersama dalam satu gabungan yang ada DAP dan AMANAH. Tapi, tak ada dua parti ini maknanya tak adalah kelima-lima parti yang menentang BN.

“Jadi BERSATU sedang cuba untuk meyakinkan PAS supaya dengan adanya PAS dalam gabungan pembangkang, lebih besar kemungkinan untuk menang namun malangnya sampai hari ini tak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan diadakan,” jelasnya.

Menurut beliau, perbincangan PPBM-PAS tidak berjaya sepenuhnya kerana tidak melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Perbincangan cuma di peringkat bawahan saja, (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sama sekali tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan, dan hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya).

“Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, adalah penting untuk memahami sebab di sebalik keengganan PAS menyertai gabungan pembangkang.

“Kita kena faham kenapa PAS bersikap sedemikian. Kalau kita tak faham dia (PAS), kita akan diheret oleh PAS sehingga tarikh pilihan raya dan kita tetap dalam keadaan tidak bersetuju,” kata Husam.

Memetik kertas strategik yang disediakan ilmuan PAS dan difahamkan dibentang dalam Majlis Syura parti berkenaan, Husam berkata, kedudukan parti berkenaan akan lebih strategik jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Sebagai bekas pemimpin PAS dan seorang yang masih berhubung dengan orang PAS, Husam berkata, beliau mendapati “habitat” PAS telah berubah.

Katanya, PAS berfikiran demikian kerana telah “diikat oleh Rome” – merujuk kepada sejarah bagaimana kerajaan purba Rome akan sentiasa menghantar kuda untuk diberikan kepada tentera Islam yang sebelum pertempuran dan mereka berpuas hati dengan apa yang diterimanya.

“Pemimpin-pemimpin PAS hari ini mempunyai kereta besar, saya tidak tahu di mana mereka mendapat wang,” kata Husam.

“Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat dua kem dalam PAS. Apabila mereka mahu berunding dengan pakatan pembangkang, mereka akan menghantar Tuan Ibrahim dan Mustafa sebagai diplomat.

“Tetapi yang membuat keputusan adalah pemimpin-pemimpin lain,” katanya.

Advertisements

One thought on “Tempoh Berunding Dengan PAS Sudah Berakhir – Tun Mahathir

  1. Kejayaan Mahathir menguborkan Anwar buat kali kedua dalam masa yg singkat menyebabkan PAS lebih berhati-hati utk menyambut pelawaan Mahathir.Itulah sebabnya PAS terus tidak memberi commitment pada PPBM.Nama Anwar sekarang sudah tidak muncul lagi dalam acara Pakatan sekarang,ianya sudah di ambil alih oleh Mahathir.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s