DAP Miliki Kuasa Veto : Tidak Perlu Berbincang Dengan Pakatan Harapan & Tun Mahathir

AIDCNews -24/01/17 –DAP seolah-olah memiliki kuasa veto di kalangan pembangkang apabila mengambil sikap tidak mahu berbincang dengan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat sesuatu keputusan termasuk mahu berunding semula dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU 14 dibuat atas kapasiti partinya dan tidak perlu berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, cadangan itu akan diteruskan, walaupun mendapat tentangan daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 memang tidak dibincang bersama Dr Mahathir kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan beliau berhubung perkara ini.

“DAP juga tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan berhubung cadangan ini. Malah, saya juga bukan boneka kepada Dr Mahathir,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 akan datang dilapor bercanggah dengan pendirian Dr Mahathir yang menegaskan Pakatan Harapan tidak memerlukan kerjasama dengan PAS.

Ia sekali gus mencerminkan perbezaan pendapat terus menular dalam kalangan kepemimpinan pakatan pembangkang, manakala PAS sebelum ini bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP, selain mahu terus menjauhkan diri daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara yang berada dalam Pakatan Harapan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s