Pendaftaran MyWatch Dibatalkan RoS

AIDCNews -24/01/17 – Jabatan Pendaftaran (RoS) telah membatalkan pendaftaran sebuah pertubuhan yang dinamakan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) berkuat kuasa 14 September 2016.

Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan mendakwa pihaknya sudah membuat rayuan berhubung pembatalan itu lebih sebulan lalu, tetapi belum menerima jawapan RoS.

Pada Rabu lalu, Sanjeevan mendakwa telah pergi ke ibu pejabat RoS di Putrajaya untuk mendapat penjelasan berkenaan status rayuannya.

“Mereka tanya saya kenapa MyWatch masih beroperasi walaupun sudah dibatalkan pendaftarannya. Saya tanya mereka balik, sejak bila dan kenapa ia dibatalkan.

“Kenapa tiada surat rasmi dihantar kepada kami ?”, katanya kepada FMT.

Sanjeevan mendakwa pendaftaran pertubuhannya dibuat melalui Twitter dan bukan notis rasmi.

Pengerusi MyWatch itu kini berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan jenayah, termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan pengubahan wang haram.

Kali pertama dia ditahan pada 22 Jun 2016 atas dakwaan memeras ugut “wang perlindungan” RM25,000 daripada seorang pengendali perniagaan nombor ekor.

November tahun lalu, siasatan terhadap Sanjeevan untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram menyebabkan semua kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya disita pihak berkuasa

Sanjeevan juga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat dengan memperdayakan bahawa dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Northumbria dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Pentadbiran dan Pengurusan dari Universiti Camden.

Dia yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau pernah bertanding jawatan Naib Ketua AMK pusat pada pemilihan PKR 2014, namun tewas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s