Tidak Puas Hati Tun Mahathir Bocor Rahsia, Kit Siang Hulur Tangan Kepada PAS ?

kitAIDCNews -24/01/17 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat tidak berpuas hati dengan keceluparan Presiden PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membocorkan rahsia berkenaan jawatan Timbalan Perdana Menteri, lantas bertindak balas menghulurkan tangan persahabatan kepada PAS.

“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.

“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan pada Ahad.

Walau bagaimana pun, Kit Siang dalam kenyataan hari ini mengakui bahawa cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibuat tanpa berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, cadangan itu akan diteruskan, walaupun mendapat tentangan daripada Dr Mahathir.

“Cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 memang tidak dibincang bersama Dr Mahathir kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan beliau berhubung perkara ini.

“DAP juga tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan berhubung cadangan ini. Malah, saya juga bukan boneka kepada Dr Mahathir,” katanya pada sidang media hari ini.

Kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 akan datang dilapor bercanggah dengan pendirian Dr Mahathir yang menegaskan Pakatan Harapan tidak memerlukan kerjasama dengan PAS.

Ia sekali gus mencerminkan perbezaan pendapat terus menular dalam kalangan kepemimpinan pakatan pembangkang, manakala PAS sebelum ini bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP, selain mahu terus menjauhkan diri daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara yang berada dalam Pakatan Harapan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s