Jangan Percaya Salam Perdamaian DAP, Nasihat Tunku Aziz Pada PAS

SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata, huluran salam Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, huluran salam DAP itu tidak lebih sekadar muslihatnya yang mahu mempergunakan PAS bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ini berkenaan soal kepercayaan. Rakan kongsi adalah berkenaan dengan kepercayaan.

“Sungguhpun kata agendanya untuk selamatkan Malaysia, tapi dari siapa dan apa? Beliau kata nak selamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi. Itu sebenarnya cakap saja,” katanya kepada Antarapos.

Justeru ujarnya, PAS sebagai parti yang pernah melalui sejarah hitam bersama DAP sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Di pihak PAS, kena jaga-jaga kerana mereka biasa kena, bukan tak biasa dengan DAP. Jadi kalau kita lihat, DAP ini tahu kalau tak ada sokongan dari PAS atau PKR, memang mereka tak boleh pergi ke mana-mana.

“Kalau tak dapat sokongan pengundi Melayu, mereka tak boleh jadi kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

Kit Siang kelmarin memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan Hadi jika Presiden PAS itu bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi.

Menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura, veteran DAP itu berkata, keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia.

Bagaimanapun, Tunku Aziz membidas kenyataan Kit Siang sambil mempersoalkan apakah DAP benar-benar ‘bersih’ daripada rasuah sehingga melontarkan cadangan berkenaan.

“Selamatkan Malaysia daripada kleptokrasi kononnya, macam la DAP satu parti yang tidak ada kena mengena dengan rasuah.

“Tak payah cakap saja, kita nak lihat tindakannya. Ini cakap senang lah,” katanya.

Huluran salam Kit Siang itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam ‘permainan’ politik DAP – AP

Advertisements

One thought on “Jangan Percaya Salam Perdamaian DAP, Nasihat Tunku Aziz Pada PAS

  1. ini adalah bukti bahawa PAN yang paling diharapkan oleh DAP selama ini tidak mampu menggantikan PAS untuk mendapatkan sokongan kaum melayu-Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s