Khairuddin, Zaid Sertai DAP Bakal Jadi Calon PRU-14 ?

khaiGEORGE TOWN – Khabar angin bertiup kencang di Pulau Pinang yang menyatakan ‘orang kuat’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, Datuk Khairuddin Abu Hassan bakal menyertai parti cauvinis DAP.

Menurut beberapa portal berita politik tempatan, beliau dikatakan telah pun menghantar borang keahlian menjadi ahli DAP awal Januari lalu bagi membolehkan dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Jika ia benar, tindakan Khairuddin yang juga antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bukan sahaja memalukan Mahathir, bahkan membuktikan tahap pengaruh parti kecil tersebut tidaklah sehebat mana pun!

Menurut kenyataan yang dipetik daripada portal itu, bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan tersebut malah berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan yang kini disandang oleh Kasthuriraani Patto daripada DAP.

Anak tokoh terkenal DAP itu berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada Gerakan. Terdahulu ia pernah dipegang selama sepenggal oleh Ramasamy Palanisamy yang kini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Seorang pemimpin cawangan DAP di kawasan itu pula bagaimanapun berpendapat Khairuddin akan berdepan dengan pelbagai masalah jika benar beliau mahu bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada PRU ke-14 kelak.

Ini kerana difahamkan ramai calon lain dari DAP yang cuba menawarkan diri. Selain itu, kerusi berkenaan juga dikatakan ada ramai majoriti kaum India dan menyukarkan calon Melayu seperti Khairuddin untuk bertanding.

“Kerusi Batu Kawan mesti calon India DAP punya. Sudah tentu pemimpin kaum India mahu kerusi itu kekal masih lagi milik mereka. Kalau Khairuddin hendak masuk DAP untuk bertanding di kerusi ini, dia kena cari kerusi lainlah.

“Kalau tidak, dia pasti kena sabotaj punya oleh ahli DAP sendiri,” menurut laporan berkenaan. Untuk rekod, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon sendiri tumbang di kerusi panas itu ketika PRU pada 2008 lalu.

Sementara itu, nama seorang lagi bekas pemimpin UMNO dan menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga disebut-sebut bakal menyertai DAP bagi mengukuhkan lagi sokongan orang Melayu di dalam parti berlogo roket tersebut.

Namun beliau yang juga merupakan mantan Ketua PKR Wilayah Persekutuan dikatakan akan menjadi ahli DAP kerana mahu bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor yang kini dipegang ‘otai’ parti itu, Lim Kit Siang.

Zaid pernah menjadi Ahli Parlimen BN Kota Bharu, Kelantan ketika PRU pada 2004 menewaskan calon PKR sebelum menyertai PKR tetapi kalah kepada BN di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 2010. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisements

One thought on “Khairuddin, Zaid Sertai DAP Bakal Jadi Calon PRU-14 ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s