PPBM : Bukan Kita Nak Sangat Kerjasama Dengan PAS

AIDCNews -25/01/17 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan terlalu teruja untuk bekerjasama dengan PAS, namun kerjasama perlu dilakukan untuk kebaikan bersama kata Naib Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Abdul Rashid berkata PPBM sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sekiranya PAS tidak berminat untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu.

Begitulah sebaliknya, kata Abdul Rashid PAS juga tidak terlalu teruja untuk bekerjsama dengan PPBM,
“Bukan kita (PPBM) nak sangat (kerjasama) dengan dia. Dia (PAS) pun bukan nak sangat dengan kita. Tapi ini kumpulan pembangkang (jadi) kalau kita kerjasama ada kebaikkan.

“Tetapi kalau dia (PAS) fikir tidak guna buat kerjasama dengan kita, lantaklah. Kita tidak peduli, kita boleh teruskan (kerjasama dengan Pakatan Harapan) sebab kita satu pertubuhan yang kuat. Jangan fikir dia (PAS) sahaja yang kuat,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM bermesyurat hari ini menetapkan 2 Februari sebagai tarikh muktamad berkaitan dengan kerjasama dengan PAS.

“Ini (2 Februari) akan membuatkan keputusan sama ada ya atau tidak (untuk kerjasama dengan PAS), habis cerita. Kita pun tidak ada masa,” katanya lagi.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita sekali lagi membuat tuduhan terhadap PAS dengan mendakwa terdapat kumpulan tertentu dalam parti Islam yang berusaha untuk mensabotaj kerjasama PPBM-PAS.

“Kita mendapati ramai daripada pemimpin PAS yang nampaknya memilih untuk mensabotaj usaha kerjasama dengan PAS. Mereka buat serangan terutama terhadap saya.

“Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dan beberapa orang lagi pemimpin PAS anggap saya lebih buruk daripada Najib,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s