Tun Mahathir Sudah Buat Keputusan : Tolak PAS, PPBM Masuk Pakatan Harapan

AIDCNews -25/01/17 –Walaupun PPBM menetapkan 2 Februari sebagai tarikh muktamad untuk menentukan hubungan parti itu dengan PAS, namun pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membuat keputusan untuk menolak PAS dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kita (PPBM) telah memutuskan bahawa kita akan menyertai gabungan parti-parti pembangkang ini (PH) dan kita akan membuat beberapa cadangan supaya parti-parti pembangkang ini dikenali dengan nama yang menunjukan perpaduan di antara parti-parti pembangkang.

“Sama ada PAS masuk ataupun tidak, kita (PPBM) akan bersama parti-parti pembangkang (PH) ini hendaklah dibuat secara formal dan kita akan runding perkara-perkara yang berkaitan dengan pilihan raya, agihan kerusi dan sebagainya,”katanya kepada media selepas mesyuarat PPBM di Putrajaya hari ini.

Dua hari lepas, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menegaskan PAS tidak bekerjasama dengan PPBM jika parti itu nekad untuk menyertai PH.

“Dengan komen daripada Dr Mahathir untuk bersama dengan PH, mungkin agak menyukarkan PAS untuk bersama-sama dalam PH. Sebab kita sudah tekankan kita tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

“Jadi, jika PPBM bersama-sama mereka (PH) bermakna mungkin kita tidak akan bersama mereka. Mereka (PPBM) pun tahu, jika mahu bersama PAS mereka tidak bersama (bekerjasama) DAP dan Amanah,” ujar Mahfodz kepada Antarapos.

Mahfodz juga turut memaklumkan bahawa setakat ini PAS belum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kerjasama dengan PPBM.

Sebaliknya PAS mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung perkembangan semasa yang membabitkan sikap ‘parti bunga raya’ itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s