Jauhi DAP, Jika Mahu Bekerjasama Dengan PAS – Dr Zuhdi

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjauhi DAP jika mahu menjayakan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ketika Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha mewujudkan kerjasama itu, Dr Mahathir pula terus masuk ke perangkap DAP yang sebelum ini dilihat beliau sebagai parti cauvinis dan anti Islam.

Beliau berkata, usaha mendaulatkan Islam sebagai penyelesaian sebenar kepada kemelut dihadapi negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin dapat dilaksanakan jika DAP terbabit.

Katanya, sikap DAP dan pihak lain yang anti kepada sistem pemerintahan Islam dianjurkan PAS, akan hanya membantutkan ruang kerjasama ke arah menyelamatkan negara.

“Perkara inilah yang mensabotaj usaha untuk menjalin hubungan antara PAS dan PPBM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, berkata krisis integriti yang berlaku di Malaysia hari ini berpunca daripada sistem urus tadbir negara dan tata kelola awam yang sudah rosak dan pincang.

Bagaimanapun, katanya, PAS tetap berpendirian tindakan menjatuhkan seseorang individu, bukanlah jalan penyelesaian kepada krisis integriti, sebaliknya hanya mengulangi krisis sama di masa depan.

“Saya yakin sebagai sebuah parti Islam, pimpinan PAS dan ahlinya sedia memaafkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir, meskipun PAS adalah antara pihak yang paling tertekan daripada tindak-tanduk pemimpin ini ketika beliau berkuasa.

“Perisytiharan darurat Kelantan, tragedi Memali, penentangan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, pemansuhan royalti petroleum Terengganu dan pemansuhan geran Sekolah Agama Rakyat adalah antara tindak tanduk Dr Mahathir untuk menekan PAS.

“Pimpinan dan ahli PAS diyakini bersedia memaafkan sesiapa sahaja yang bersedia untuk membetulkan kesilapan dan membela semula mereka yang dizalimi kesan daripada tindakan itu,” katanya – bharian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s