Orang Anwar Mohon Maaf Pada Saiful Untuk Pengampunan Diraja

AIDCNews -26/01/17 – Mohd Saiful Bukhari Azlan mendedahkan beberapa hari lalu orang kepercayaan Anwar Ibrahim telah menemuinya dan memohon maaf kepadanya di atas apa yang berlaku sebelum ini.

Jelas Mohd Saiful, tujuan kedatangan orang Anwar itu untuk memintanya memohon pengampunan Di Raja bagi pihak Anwar daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong agar Anwar dibebaskan dari penjara.

Kenyataan penuh Mohd Saiful :

MEMOHON PENGAMPUNAN DI RAJA BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM?

Beberapa hari yang lalu, saya didatangi seorang kenalan rapat DSAI(maaf xdpt sebut nama di sini).

Beliau, atas kapasiti peribadi mohon maaf dari saya, kerana selama ini telah menyerang dan tidak mempercayai dakwaan saya.

Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu.

Beliau kata, dalam agama, kita sesama manusia harus bermaaf-maafan, apatah lagi dengan perdamaian itu memberi manfaat kepada semua.

Selepas itu, beliau minta izin untuk menyampaikan hajatnya, yang juga mewakili keluarga Anwar.

Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya. Apapun berikut apa yang beliau sampaikan kepada saya:

Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan Di Raja bagi pihak Anwar dari DYMM YDP Agong agar Anwar dibebaskan, TANPA mengubah pengakuan dan dakwaan saya.

Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.

dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan.

Saya ucap terima kasih kepada beliau kerana memberi pencerahan. Saya kata nanti saya fikir-fikirkan dan bincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum saya membuat sebarang keputusan.

Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti.

Allah SWT lebih tahu. Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk, perlindungan dan jalan yang sebaik-baiknya.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
26hb Januari 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s