PAS Mahu Teliti Kenyataan Mahathir Dahulu Sebelum Kerjasama

AIDCNews -26/01/17 –PAS mahu menilai kenyataan-kenyataan terdahulu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung partinya sebelum ini sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, buat masa ini, belum ada kata putus berkaitan dengan kerjasama politik di antara kedua-dua parti tersebut.

“Cerita kami (PAS) dengan Bersatu masih dalam proses rundingan dan parti akan buat keputusan nanti.

“PAS akan menilai kenyataan Mahathir terlebih dahulu. Kami akan sejauh mana untung, rugi atau manfaat untuk PAS,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyifatkan kenyataan Mahathir yang tidak memerlukan PAS dalam blok pembangkang menunjukkan ‘ketakutan’ pihaknya sendiri.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh PAS.

Mengulas lanjut, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan mengenai rundingan itu dicapai.

“Kami mahu lihat terlebih dahulu, sejauh mana dasar yang dibawa PAS didukung oleh Bersatu.

“Kita harap ahli Parlimen dalam Bersatu sokong perjuangan akta Rang Undang-undang 355 yang kami bawa,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s