PAS Tolak Salam Perdamaian DAP

KOTA BHARU– Perdamaian antara Pas dan DAP tidak mungkin berlaku kerana Pas tidak mahu terjerat dengan permainan parti yang terajui oleh dinasti Lim itu.

Walaupun Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini menghulurkan salam perdamaian, namun pada Pas, mereka tetap perlu berhati-hati kerana takut akan terjerat sekali lagi.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebelum ini mereka telah dikhianati oleh DAP, oleh itu tidak mungkin Pas terjerat lagi dengan permainan mereka.

“Saya juga merasakan DAP mempunyai strategi dan agenda dengan kembali mengajak Pas bekerjasama. Apa jua keadaan, kita memang tolak kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan van kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Kit Siang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa DAP sanggup bekerjasama sekali lagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika Abdul Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

DAP sebelum ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP turut menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur. – MalaysiaGazette

Advertisements

One thought on “PAS Tolak Salam Perdamaian DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s