Salahkah Jika Bercita-cita Mahu Jadi TPM -Kit Siang

AIDCNews -26/01/17 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mula menukar rentak politik daripada menafikan menyimpan hasrat untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada bertanya bersalahkah jika seseorang itu bercita-cita untuk menjadi TPM.

“Beliau seolah-olah bercakap (adalah) satu (bentuk) kesalahan seseorang (itu) berhasrat untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.

“Seperti Barrack Obama seorang kulit hitam mahu menjadi Presiden Amerika Syarikat, tetapi beliau mencapai hasrat itu. Jadi adakah salah untuk mempunyai cita-cita yang tinggi,” soal Kit Siang dalam sidang media di Georgetown.

Kit Siang berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang mencabar beliau supaya menafikan bercita-cita mahu menjadi TPM dan Menteri Kewangan melalui akuan bersumpah.

“Ini masa yang tepat bagi Lim Kit Siang menjelaskan kepada rakyat tentang keengganan mengakui beliau akan menjadi TPM dan menteri kewangan jika Pakatan Harapan memenangi PRU akan datang

“Memandangkan hakikat DAP mengetuai Pakatan, rakyat Malaysia perlu tahu sama ada Lim Kit Siang akan mengambil jawatan itu jika benar pembangkang menang PRU akan datang.

“Kita tidak boleh mengabaikan hakikat DAP adalah parti terbesar yang mempunyai kerusi Parlimen dalam perikatan Pakatan, dan mempunyai kepimpinan dominan di dalamnya,” kata Tengku Sariffuddin.

Dipercayai perubahan nada Kit Siang daripada penafian kepada pengesahan mahu menjadi TPM selepas melihat sokongan positif daripada parti sekutunya, PKR.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, partinya idak mempunyai apa-apa masalah sekiranya benar DAP menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Tambah Zuraida, ia bukan satu masalah kerana pakatan pembangkang (Pakatan Harapan) mengamalkan sikap keterbukaan dan kepelbagaian kaum.

“Ya (tiada masalah), atas dasar kita nak menunjukkan kita (meraikan) kepelbagaian kaum,” katanya.

dap1

rasis

Advertisements

One thought on “Salahkah Jika Bercita-cita Mahu Jadi TPM -Kit Siang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s