Siapa Ketua Sebenar PPBM, Soal PAS

AIDCNews -26/01/17 –Siapa ketua sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menentukan hala tuju parti dalam kerjasama dengan parti lain, soal Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini kerana kata Tuan Ibrahim, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan perbincangan dengan PAS untuk rundingan kerjasama, namun semua kenyataan berkaitan dengan ‘proses rundingan itu’ dikeluarkan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambahnya, Dr Mahathir dianggap sebagai penasihat PPBM kerana beliau tidak terlibat dalam proses rundingan tersebut, justeru itu sepatutnya Muhyiddin yang lebih layak mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut.

“(Sekarang) ni presiden parti (PPBM) adalah Tan Sri Muhyiddin, Tun M sebagai penasihat. Dia (Muhyiddin) tidak laju (keluarkan kenyataan). Banyak kenyataan dikeluarkan Tun M dan presiden (Muhyiddin) tak ada kenyataan.

“Sepatutnya kenyataan dikeluarkan presiden, Tun M tak terlibat dalam perbincangan dan rundingan dan dia tak tahu apa berlaku dan dibincangkan.

“Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz memahami apa yang kita bincang selama ni pun, cuma saya fikir PPBM perlu selesai hal dalaman (parti) siapa yang nak kena ikut? Presiden ke penasihat? Kami pun jadi pening kepala juga,” katanya kepada Antarapos.

Menyentuh tentang pertemuan 2 Februari ini, Tuan Ibrahim berkata ia perlu dibuat secara dua hala dan dilakukan secara teliti kerana kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang berbeza.

“Saya fikir kalau tak sama (dasar PPBM-PAS), PAS tak mungkin akan buat kerjasama.

“Dan ini perlu difahami semua parti-parti, sebab dasar dan prinsip yang kita perjuang adalah mengikut Al-Quran dan hadis bagi kita orang Islam,”katanya.

Tuan Ibrahim juga turut membidas matlamat Dr Mahathir yang hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding perkara lain.

“Agenda PAS bukan menjatuhkan individu, agenda PAS ialah menukar sistem. Soalnya apakah sistem itu boleh bertukar dengan hanya jatuhkan seorang individu tu?

“Kalau sistem boleh berubah, korupsi, penyelewengan boleh berubah dengan hanya boleh tukar seorang individu (dari) dulu lagi dah selesai. Bila Tun (Mahathir) letak jawatan ganti dengan Pak Lah, Pak Lah letak jawatan ganti dengan Najib tapi ternyata sebenarnya sistem tidak akan berubah dengan hanya tukar individu.

“Sebab itu PAS mahu perubahan total, kalau kita hanya tukar sistem dan tidak menaikkan asas Islam sebagai dasar (maka) dia akan balik semula kepada benda yang sama,” tegasnya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s