Catur Kuasa Di Perak Bukti DAP Mahu Jawatan TPM – Lokman Noor Adam

AIDCNews -27/01/17 –Usaha DAP dalam mencatur jawatan Menteri Besar di Perak selepas PRU 2008 merupakan bukti parti itu gila kuasa dan menyimpan hasrat mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14, kata Lokman Noor Adam.

“Saya tidak terkejut apabila DAP hendakkan jawatan TPM, (rujuk) kemenangan DAP di Perak pada 2008. Kit Siang mahu DAP dipilih sebagai menteri besar, tetapi undang-undang tubuh negeri Perak mengatakan bahawa MB mestilah seseorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Maka beliau terpaksa terima dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai wakil (ketika itu) untuk menjadi MB Perak,”katanya kepada Antarapos, hari ini.

Menurutnya, selepas DAP gagal pertahankan kerusi Menteri Besar Perak pada 2008, menerusi Nizar Jamaluddin, parti itu menyusun strategi dengan meletakkan calon Melayu dari kalangan parti itu sendiri.

“Mereka sudah letak calon di setiap negeri. Ada calon Melayu DAP. Di peringkat parlimen mereka sudah ada anggota parlimen iaitu Datuk Ariff Sabri (Ahli Parlimen Raub). Kenapa mereka letak Melayu? Supaya permasalahan yang jadi pada 2008 yang menyebabkan mereka tidak dapat jadi MB tidak berulang,” katanya.

Kata Lokman, hasrat DAP untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagaimana didedahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini selari dengan strategi parti itu untuk bertanding di 50 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Setakat kerusi TPM itu biasa. Saya tidak nampak kerusi TPM yang mereka idamkan. Tetapi saya nampak bahawa kerusi TPM itu sebagai batu loncatan.

“Namun apa yang berlaku di Perak boleh terjadi di peringkat persekutuan. Kalau DAP menang kesemua 50 kerusi yang dipertandinkan kemudian rakan-rakannya seperti PPBM menang 20 kerusi, PKR 30 kerusi, Amanah 13 kerusi, mereka sudah boleh bentuk kerajaan,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s