Pintu Rundingan Dengan PAS Ditutup Selepas Pertengahan Februari – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menetapkan pertengahan Februari sebagai tarikh akhir Pakatan Harapan (PH) membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti yang berhasrat untuk bergabung.

Selepas tarikh itu, jika tidak ada kata putus dari parti selain komponen PH termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak ada lagi sebarang rundingan dilakukan.

Menurut Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub, parti itu berpandangan PH cukup terbuka dan telah menunaikan tanggungjawab besarnya bagi menyatukan parti pembangkang di bawah satu bumbung.

“Pertengahan Februari adalah garis penamat untuk PH dan PPBM membuat keputusan muktamad. Selepas itu, masa (rundingan) telah tamat dan kita tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam apa kemungkinan sekali pun.

“PAN sendiri sejak hari pertama penubuhan lagi telah mengambil sikap untuk membuka pintu rundingan dan perbincangan dengan semua pihak demi kepentingan negara dan rakyat yang mahu melihat satu bentuk permuafakatan parti pembangkang bagi menamatkan penguasaan BN.

“Kita menyaksikan betapa terbukanya pimpinan PKR menghulurkan salam permuafakatan dan yang terkini pimpinan utama DAP pula bersedia menerima Pas dalam gabungan pembangkang demi menyelamatkan negara yang dilanda krisis terbesar akibat salah guna kuasa Najib Razak (Perdana Menteri) dan BN,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Salahuddin berkata, beliau yakin dan percaya rakyat semakin faham serta boleh menjadi hakim parti mana yang konsisten menolak meja perundingan dan bermaufakat untuk menentang BN. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s